Monday 19 December 2011

:: TOKOH BAHASA ::

Zainal Abidin Ahmad (Pendita Zaaba)





Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia.
Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

Biografi ringkas
Dilahirkan di Bukit Kampung Kerdas, Jempol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Zaaba menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah Melayu di Linggi. Beliau menyambung pembelajarannya di Institusi St. Paul Seremban dan merupakan orang Melayu pertama menduduki peperiksaan Senior Cambridge dan lulus peperiksaan pada 1915. Zaaba memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah di Johor Bahru pada tahun 1916, dan kemudiannya bertukar ke:
Zaaba adalah seorang yang gemar membaca dan memiliki bakat dalam bidang penulisan. Kebanyakan hasil penulisannya muncul dalam akhbar-akhbar tempatan dan majalah-majalah seperti Utusan Melayu, Lembaga Melayu, Pangasuh, dan Pakar Majalah. Beliau telah menerbitkan beberapa siri monograf dalam bahasa Melayu, termasuk Bahasa Pelita, dan Ilmu Mengarang. Hasil penulisannya yang lain termasuk Cerita-cerita Shakespeare yang diterbitkan oleh Percetakan Gudang Chap, Singapura. 


......................................................................................................................................................................


 Datuk Dr. Nik Safiah Karim 

Seorang tokoh dan cendekiawan tanahair


Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim merupakan antara tokoh dan cendekiawan tanahair yang aktif memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu. Dedikasi beliau yang tidak boleh dinafikan menjadikannya disegani ramai dan menjai idola kepada anak-anak muda di institusi pengajian tinggi yang mengikuti bidang linguistik dan sastera. Namun selain perjuangan lingustik ini, beliau juga gigih memperjuangan kedudukan serta kebajikan kaum wanita tanahair.

Latar Belakang


Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim yang dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan. Dalam bidang akademik, beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab). Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban). Setelah itu beliau telah belajar di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada tahun 1959. Pada 1965 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik daripada Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA. Kerjaya akademik pula telah bermula dengan perlantikan beliau tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963. Sepanjang kerja beliau telah berjawatan pensyarah, professor madya dan dilantik Professor Pengajian Melayu.


Antara sumbangan beliau dapat dilihat dari jawatan yang beliau sandang, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982 sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992. Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Di sini beliau terus menabur berbakti dalam perjuangan mengutuhkan bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh dunia. Ini dilihat dari perlantikan beliau selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM). Selain itu beliau merupakan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM). Kepakaran beliau telah menjadikan beliau pakar rujuk bahasa yang sering dijemput. Beliau ada memberi khidmat kepada Kementerian Pelajaran Singapura dan Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam. Memandangkan kegigihan beliau ini maka tidaklah beliau adalah salah seorang pengasas Persatuan Linguistik Malaysia dan pernah menjadi Presiden selama 18 tahun. Kini beliau menjadi penasihat persatuan tersebut.

Pergerakan Wanita


Menurut Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, penglibatan beliau dalam pergerakan wanita bukanlah sesuatu yang baru baginya. Kakak-kakaknya giat aktif alam pergerakan Women’s Institute (WI) di Kelantan. Walaupun beliau bukan ahli persatuan tersebut, beliau sering membantu mereka dalam kegiatan mereka. Di sini beliau mendapat pendedahan awal kepada perjuangan wanita. Dalam perjuangan pembangunan wanita, beliau telah mengasaskan dua buah persatuan wanita, iaitu PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan Persatuan Siswazah Wanita Malaysia


PERTIWI telah ditubuhkan pada 1967 sebagai sebuah pertubuhan berorientasikan projek di mana pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan kebajikan berteraskan pendidikan. Program-program PERTIWI disasarkan bagi wanita dan kanak-kanak terutamanya di kawasan pendalaman. Datuk Dr Nik kini menjadi Ketua I dalam Jawatankuasa Induk. Beliau mengalu-alukan wanita muda Islam menyertai PERTIWI dan bersama PERTIWI menjalankan kerja-kerja amal mereka. Sewaktu menceritakan pengalaman bersama PERTIWI, beliau menekankan bahawa asas pendidikan merupakan teras utama perjuangan PERTIWI. Pada awal 1970-an, PERTIWI telah menjalankan projek anak angkat bagi menyediakan bantuan kewangan kepada para pelajar tanpa mengira bangsa dari keluarga miskin.


Pengurusan projek ini melibatkan pihak sekolah. Ini kerana kewangan yang diperuntukan akan diuruskan oleh Guru Besar sekolah bagi pelajar terpilih. Guru Besar dipertanggungjawabkan untuk membuka buku simpanan bank dan menyimpan buku tersebut bagi mengeluarkan kewangan yang perlu. Sumber kewangan diterima daripada sumbangan orang ramai dan dibahagikan mengikut purata RM40 setahun bagi pelajar di peringkat sekolah rendah dan RM60 setahun bagi pelajar di peringkat sekolah menengah. Menurut Datuk Dr Nik, antara penderma adalah Datuk Musa Hitam yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Syarikat Kentucky Fried Chicken.


Selain itu, PERTIWI juga membawa anak-anak angkat ini ke Kuala Lumpur dalam lawatan sambil belajar serta memotivasikan anak-anak ini untuk mencapai kecemerlangan. Anak-anak angkat ini juga berkesempatan bertemu penganjur mereka. Melalui proses ini, anak-anak mengetahui bagaimana merancang pendidikan mereka di samping bercuti semasa cuti sekolah. Menurut Datuk Dr Nik, situasi hari ini sudah bertukar dan kini juga sudah banyak biasiswa dan bantuan kewangan bagi anak-anak dari keluarga miskin yang dihulurkan oleh pelbagai pihak. Ini amat membantu anak-anak dari keluarga miskin untuk mendapat pendidikan.


Antara aktiviti PERTIWI yang lain adalah mengadakan klinik sehari di kawasan luar bandar bagi kawasan yang tidak mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan. Ini kerana masyarakat bertanggapan bahawa terlalu banyak masa terbuang dan amat leceh untuk pergi ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan. Atas faktor ini dan lain-lain faktor sosial lain, rancangan klinik sehari ini diilhamkan bagi membantu mereka di kawasan pendalaman bagi menerima perhatian kesihatan. Dengan itu, Pertiwi bekerja bersama pihak Penghulu, doktor-doktor tempatan dan persatuan tempatan untuk mendapatkan tenaga kepakaran dan sukarelawan. PERTIWI bertanggungjawab mencari bantuan kewangan untuk mendapatkan bekalan perubatan dan makanan. Pihak doktor dan jururawat pula memberi perkhidmatan secara sukarela.


Antara peristiwa yang tidak dapat Datuk Dr Nik lupakan adalah sesuatu yang berlaku lebih lima tahun dahulu. Ketika itu seorang seorang doktor mata mendapat tahu aktiviti PERTIWI akan melibatkan kampung beliau. Beliau amat terkilan telah bersama secara sukarela dalam aktiviti tersebut. Sewaktu menjalankan klinik sehari tersebut beliau dapati bahawa ramai mempunyai masalan penglihatan samada rabun jauh maupun rabun dekat. Maka secara spontan dana dikumpulkan untuk mendapatkan kaca mata bagi penduduk desa yang memerlukan. Menurut beliau, kegembiraan yang tertera di air muka penduduk terutamanya dari golongan tua yang sebelum itu rabun dan telah boleh lihat dengan jelas tidak dapat dilupakan.


Pada tahun 1978 beliau telah dilantik ke majlis Penasihat Kebangsaan bagi Mengintegrasikan Wanita dalam Pembangunan (NACIWID), sebuah badan penasihat tertinggi bagi menasihati kerajaan tentang hal ehwal wanita. Perlantikan ini adalah setelah pulangnya beliau dari melanjutkan pendidikan di USA. Setelah penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat), nama badan tersebut telah diubah kepada Majlis Penasihat Wanita Negara. Beliau sehingga kini memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi Majlis. Beliau juga giat dalam Majlis Kebangsaan Pertubuhan-Pertubuhan Wanita (NCWO) dalam pelbagai aktiviti. Kini beliau merupakan pengerusi bersama Suruhanjawa Undang-undang dan Hak Asasi Manusi bersama Puan F.R. Bhupalan.

Pengiktirafan dan Anugerah


Kegigihan Datuk Dr. Nik yang tidak pernah mengira penat amatlah disegani ramai. Atas jasa dan sumbangannya, beliau telah diberikan anugerah dan bintang. Pada tahun 1989 beliau dikurniakan pingat Kesatria Mangku Negara (KMN). Seterusnya pada tahun 1995 beliau menerima kurniaan Johan Mangku Negara (JMN). Manakala pada tahun 1997 beliau telah dikurniakan Johan Panglima Negara (JPN) yang membawa gelaran Datuk. Beliau juga telah menerima Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah-Avon bagi kecemerlangan dalam bidang pendidikan sebagai Ibu Ilmuwan pada 1995. Kecemerlangan yang berjaya dicapai juga menjadi kebanggaan sekolah beliau. Dalam Perayaan sempena 50 Tahun Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah pada 1997 belaiu telah dianugerahkan wanita cemerlang.


           Sumbangan dalam bidang bahasa juga diiktiraf dengan anugerah Tokoh Ilmuwan Bahasa dan Pingat Emas Tun Fatimah pada tahun 2001. Beliau juga juga diiktirafkan oleh pihak Universiti dengan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2003. Tambahan pula setelah beliau bersara, Universiti Melayu memberi penghormatan melalui pelantikan beliau sebagai Professor Emeritus pada 2002.


Bidang Penulisan


Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim juga telah banyak menyumbang dalam bentuk penulisan dan penyertaan dalam persidangan samada mengenai isu wanita maupun isu bahasa. Beliau telah menghasilkan beberapa buah buku tentang pengajian wanita dan pada masa kini menjadi pensyarah sambilan di Rancangan Pengajian Gender, Universiti Malaya. Sejak kebelakangan ini, beliau telah berganding bahu bersama Dr. Rokiah Talib dalam penulisan biografi wanita tanahair. Tindakan ini amat bermakna kerana merupakan satu inisiatif wanita menulis mengenai sumbangan wanita.


Beliau juga telah menghasilkan belasan buah buku dan ratusan makalah mengenai isu bahasa. Antara buku yang terkenal ialah Tatabahasa Dewan (yang ditulis bersama tiga orang ahli bahasa yang lain), Bahasa Malaysia Syntax, Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Malay Grammar for Academics and Professionals.

Rahsia Kecemerlangan


Falsafah Datuk Dr Nik adalah lakukan bergembira apabila melalukan sesuatu kerja. Dengan ini segala apa yang dilakukan walaupun seberat manapun akan menjadi ringan. Namun, Datuk Dr Nik sering kali menekankan pentingnya pengurusan masa. Ini menurut belaiu ini amat penting kerana beliau menumpu kepada kerjayanya di samping keluarganya. Bagi DatukDr Nik, seorang ibu kepada empat orang anak, masa perlu dibahagi dengan baik dan kita perlu pastikan bahawa masa yang diluangkan diguna dengan optimum. Kita perlu pandai melakukan yang terbaik bagi sesuatu keadaan. Misalnya memasak, kita tidak perlu jadi “super woman” dan melalukan semua masakan. Kita perlu bijak masak makanan kesukaan anak-anak dan belajar memasak masakan tersebut dengan baik. Ini akan mengembirakan mereka dan mewujudkan suasana yang riang.


Nyata kita perlu bijak mengurus sekiranya ingin berjaya samada masa, keluarga ataupun kerjaya kita. Inisiatif PENITA paparan kehidupan seorang lagi tokoh wanita negara akan dapat merangsangkan generasi kita juga mencapai kecemerlangan seperti ini.

:: LAMAN PUISI ::

                   ~ SAJAK ~

SEBUAH KEJAYAAN

Kejayaan ialah pengorbanan
Kejayaan ialah tekad
Kejayaan ialah cita-cita
Yang merealisasikan misi dan visi suci
Tiada kejayaan tanpa pengorbanan

Kesyukuran ialah hati kepada pengorbanan
Pengorbanan ialah air mata
Yang memekarkan sanubari
Dan menceriakan akal
Yang wajar dimaqamkan di qalb

Kejayaan tidak datang bergolek
Kejayaan adalah keringat, disiplin dan iltizam
Yang mampu dimiliki setiap individu
Yang punya jasad, roh, qalb dan nafs
Ciptaan Allah s.w.t.



MENGAPA HIDUP JIKA ..... JANGAN

Jika kau tidak berpeluang membina sesuatu keagungan
atau mencipta kegemilangan tamadun manusia
Berjasa dan ternama sebagai tokoh agung dunia mahupun negara
Janganlah pula kumusnahkan kegemilangan, kebaikan dan keindahan
yang terbina sejak sekian lama itu

Jika kau tidak berupaya memajukan kehidupan makhluk di dunia
yang telah dijana seiring usia manusia tercipta
Jangan kaurosakkan sebarang ruang dan unsur peradaban itu
dengan rela dan tanpa rasa bersalah terhadap penciptanya

Jika kau bukan seorang pembina
Janganlah kau menjadi seorang pemusnah
Tidak berbuat apa-apa itu
Lebih baik daripada menghancurkan apa yang tersedia

Jika kau ingin menjadi perintis
Janganlah sebagai pengasas sesuatu keburukan
Meleburkan suatu nilai kehidupan yang mulia
Janganlah kau
Mengelirukan ilmu yang jernih dan pandangan yang jelas
Mengacaubilaukan pemikiran manusia
Menukarkan sempadan dan batasan yang jelas hitam dan putihnya

Jika kau bijaksana dan beradab orangnya
Janganlah mengkhianati kelangsungan suatu kehidupan yang bermakna
Kau dikatakan sebaik-baik kejadian
Kau pemimpin ummah
Suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan
Sebenar-benarnya
Selama-lamanya.



BAHASA JIWA BANGSA

Bahasa jiwa bangsa
Mengapa malu berbahasa
Bahasa warisan harta pusaka
Yang tak pernah berkata-kata
Hanya berbisik cuma.

Bahasa jiwa bangsa
Manusia semakin durjana
Digelar penderhaka
Bahasa kulit putih bermata biru berambut perang
Mengapa bahasa mereka diagungkan?

Bahasa jiwa bangsa
Kalau benar bibir berbicara
Tak akan Melayu hilang di dunia
Mengapa tidak pada bahasa
Jikalau lidah tidak kelu mengakui
Tak akan bangsa hilang di dunia.

Bahasa jiwa bangsa
Siapa lagi kalau bukan bangsa Melayu sendiri
"Kita anak Malaysia"
Apalah ertinya
Jika tidak dipertahankan
Tepuk dada tanya selera.

                   
                ~ GURINDAM ~

GURINDAM PELAJAR

Banyak membaca fikiran kaya,
Rajin berusaha pasti berjaya.
Jika tulisan tak boleh dibaca,
Mata pemeriksa akan berkaca.

Masa itu emas dan wang,
Walaupun sedikit jangan dibuang.

Jangan nanti esok lusa,
Masa beredar tanpa dirasa.

Jika leka sering bersuka,
Tidak hairan datang celaka.

Jika rajin membaca buku,
Otak cerdas tidak beku.


GURU BESTARI

Guru bestari rajin mengajar,
Pelajar terdidik jadi terpelajar.

Guru bestari jujur dan ikhlas,
Pelajar belajar tidak malas.

Guru bestari bertindak bijaksana,
Pelajar diasuh dengan sempurna.

Guru bestari pandai cerdik,
Pelajar dibimbing mudah dididik.

Guru bestari ramah mesra,
Pelajar tidak huru-hara.

Guru bestari bertugas cemerlang,
Pelajar berwawasan hidup gemilang.


LAPANGKAN MASA ANDA

Lapangkan masa untuk bersenam,
Sihat sejahtera boleh menyunam.

Lapangkan masa untuk bersukan,
Daripada melakukan yang bukan-bukan.

Lapangkan masa untuk beriadah,
Badan sihat sungguh berfaedah.

Lapangkan masa untuk bermain,
Fizikal cergas, minda cerdas dan lain-lain.

Lapangkan masa untuk berehat,
Jiwa tenang badan pun sihat.

Lapangkan masa untuk tidur,
Stres dan tensyen akan kendur.



              ~ SYAIR ~


SALAH SIAPA

Alam ini anugerah Ilahi,
Jagalah ia sepenuh hati,
Jangan dimusnah jangan dicemari,
Jika binasa sukar diganti.

Hutan ditebang sesuka hati,
Tadahan hujan musnahlah kini,
Mengapa dibiar terus begini,
Sekatlah cepat terlambat nanti.

Jika hijau pandangan kita,
Udara segar pasti terasa,
Nyaman hidupmu setiap masa,
Penyakit tidak akan melanda.

Bukan sukar untuk menjaga,
Sikap yang sering menjadi punca,
Tegur-menegur setiap masa,
Moga kalian akan terima.


          ~ PANTUN ~

Riang berkicauan sepasang merpati,
Duduk menari di atas titi,
Berbudi bahasa tersemat di hati,
Lambang kebaikan di sanjung tinggi.


Mengail ikan di Tasi Bera,
Berbekalkan air kelapa muda,
Tutur kata sopan dan mesra,
Menjadi pujian tua dan muda.


Makan ketupat daun palas,
Hidangan istimewa untuk peria,
Sumbangan bantuan penuh ikhlas,
Hati menerima lebih ceria.


Baju kebaya berhias labuci,
Indah dipakai pengantin baharu,
Rakan taulan muak dan benci,
Angkara hasad jiwa cemburu.

Wednesday 7 December 2011

:: INFO AYAT DALAM BAHASA MELAYU ::

BINAAN AYAT

          Subjek                                             Predikat
1. Ibu                                            sedang membaca akhbar.     
2. Kerani besar itu                                  sangat rajin.
3.Pelancong-pelancong itu      ke Taman Negara.                                                            

Subjek adalah bahagian ayat yang diterangkan.
Predikat adalah bahagian ayat menerangkan objek.


POLA AYAT DASAR

      Subjek                                                         Predikat

Frasa Nama (FN)                                           Frasa Nama (FN)
1.  Guru saya                                                      Encik Ali.

Frasa Nama (FN)                                             Frasa Kerja (FK)
2.  Encik Ali                                                sedang menulis surat.

Frasa Nama (FN)                                            Frasa Adjektif (FA)
3.  Guru mereka                                                sangat rajin. 

Frasa Nama (FN)                                        Frasa Sendi Nama (FS)
4.  Puan Aishah                                                  dari Melaka.


FRASA NAMA DALAM BAHASA MELAYU

Frasa : Unit bahasa yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau
            satu perkataan yang berkemungkinan untuk diperluas menjadi dua
            perkataan atau lebih. Contohnya :
1.  Ibu sedang membaca akhbar.
2.  Kerani besar itu sangat rajin.
3. Pelancong-pelancong itu ke Taman Negara.

* Pekerja = frasa
1.  Seorang pekerja.
2.  Seorang pekerja kilang.
3.  Seorang pekerja kilang kasut.

Frasa Nama : Binaan dalam ayat yang terdiri daripada kata nama, kata nama
                     terbitan atau kata ganti nama.

Binaan Frasa Nama : Satu perkataan atau deretan dua perkataan atau lebih.

Contohnya :
1.  Ali tiba pada pukul 2.30 petang.
2.  Guru saya sangat rajin.
3.  Kereta ayah Azli berwarna merah.
4.  Majlis itu dihadiri oleh segala sahabat handai.
5.  Ibu bapa tidak perlu hadir esok.

Binaan Frasa Nama

1.     Inti                     +                     penerang
     ~ Kayu                                           pemukul
     ~ Harta                                         kerajaan
     ~ Rantai                                           leher
    ~ Anak                                          perempuan

2.    Inti                      +                     inti (berlawanan erti)
    ~ Kerusi                                               meja
   ~ Pinggan                                          mangkuk
   ~ Datuk                                                nenek

3.    Inti                      +                    inti (sama erti)
    ~ wang                                             ringgit
    ~ sawah                                            bendang
    ~ kampung                                       halaman

* Inti bermaksud unsur yang menjadi tumpuan makna dan mewakili seluruh
   frasa dari segi makna.
* Penerang bermaksud unsur yang menerangkan makna yang terkandung
   dalam inti itu.

SUSUNAN UNSUR DALAM FRASA

1.  Susunan mengikut hukum D - M
     ~ Hukum D - M = peraturan yang menentukan kehadiran unsur-unsur
        bahasa dalam Bahasa Melayu.

      * D - diterangkan ....................  inti
      * M - menerangkan ................. penerang

      Diterangkan (D)                                                         Menerangkan (M)
1.       Orang                                                                         Malaysia
2.       Kasut                                                                          getah
3.       Pengarang                                                                   novel
4.       Ayam                                                                          jantan
5.       Kawasan                                                                    kampung

~ Kekecualian Hukum D - M

(a) Nama Jawatan

                                                       Frasa Nama
     Yang menerangkan (M)                                            Yang diterangkan (D)
1.          perdana                                                                          menteri
2.          timbalan                                                                          menteri
3.             naib                                                                          yang dipertua
4.             ibu                                                                               pejabat

(b) Bilangan

                                                     Frasa Nama
      Bilangan                       Penjodoh Bilangan               Yang diterangkan
1.   tujuh                                      ekor                                        kerbau
2.   ketiga-tiga                            orang                                       pelajar
3.   sekalian                                   -                                           hadirin
4.   segala                                      -                                         penduduk

(c) Nama Panggilan dan Gelaran

                                                       Frasa Nama
       Panggilan / Gelaran                                                     Yang diterangkan 
1.             Puan                                                                               Fatimah
2.             Bang                                                                                Mat
3.            Tan Sri                                                                          Abdullah
4.                Si                                                                                  Luncai
5.             Sang                                                                                Kancil


2.  Susunan Unsur Penerang
     ~ Apabila Ada Penerang Adjektif

                                                     Frasa Nama
          (1)                           (2)                               (3)                          (4)
     Unsur Inti         Penerang adjektif          Penerang Lain              Penentu
1.   seluar                      biru                                abang                                -
2.   pegawai                  tinggi                             tentera                               -
3.   bangunan                baru                               sekolah                             ini
4.   kerani                      besar                             pejabat                             itu
5.   keluaran                  kasar                              negara                              itu


FRASA NAMA YANG UNSUR PENERANGNYA TERDIRI DARIPADA BEBERAPA FRASA

Frasa penerang yang menerangkan sifat hadir selepas inti.

                                                         Frasa Nama

INTI               Penerang I    (Frasa)     Penerang II    (Frasa)        Penentu
Inti                  Penerang       Inti           Penerang       Belakang
1. pakaian        kain               lepas          buatan            Malaysia        itu
2. rumah          harga             murah         binaan            kerajaan
3. bangunan     pencakar       langit          bentuk            piramid          itu
4. buku            kulit               nipis           harga              murah           ini
5. guru            sekolah       menengah      lepasan          universiti